My Add

Wednesday 14 August 2013

bu tunggal cedera, MPV ditembak perompak

 
KUANTAN, SELASA, 13 Ogos, 2013: Seorang ibu tunggal beranak empat cedera selepas terkena tembakan seorang lelaki yang cuba merompaknya di sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Ruzelawati Basri, 35, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard mengalami luka kecil di muka berikutan terkena serpihan kaca daripada cermin kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Jalan Tun Ismail di sini keluar untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran rumahnya.

"Selepas mengisi minyak, mangsa berhenti di hadapan sebuah restoran untuk menghubungi bekas suaminya. Sebaik sahaja dia selesai menelefon tiba-tiba muncul sebuah kereta berwarna biru gelap.

"Seorang lelaki bertopi dan bersenjatakan sepucuk pistol keluar dari kereta itu lalu mengetuk cermin kenderaan mangsa sambil mengarahkannya keluar.

"Mangsa yang panik dengan tindakan lelaki itu segera memecut kenderaannya ke arah Jalan Haji Ahmad dan berhenti di sebelah kanan sebuah restoran kira-kira 200 meter selepas terdengar bunyi cermin kenderaannya pecah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Menurut Mohd. Jasmani, siasatan awal mendapati terdapat satu das kesan tembakan dilepaskan oleh lelaki itu yang terkena cermin penumpang hadapan kenderaan mangsa.

Polis masih menyiasat kes ini bagi mengetahui motif serangan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan keadaannya dilaporkan stabil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment