My Add

Monday 26 August 2013

Cari pucuk paku, jumpa rangka manusia

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Seorang pekerja buruh binaan warga Vietnam yang sedang mencari pucuk paku terkejut selepas menemui rangka manusia di kawasan semak berhampiran Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini semalam.

Dham Duc Anh, 21, berkata, dia ternampak rangka manusia memakai seluar jean dalam keadaan badan separuh ditanam sebelum memberitahu kejadian itu kepada rakannya di rumah kongsi tapak pembinaan Hospital Shah Alam terletak kira-kira 10 meter dari lokasi berkenaan.

Menurutnya, dia biasa memetik pucuk paku di kawasan itu sejak bekerja di tapak pembinaan itu kira-kira dua tahun lalu namun petang semalam merupakan kali pertama dia pergi memetik pucuk paku di kawasan yang lebih dalam.

"Pada mula saya sangka itu tulang lembu tetapi apabila saya berjalan lagi masuk kira-kira dua meter dalam kawasan semak itu, saya terkejut ternampak kepala tengkorak manusia yang masih mempunyai sedikit rambut.

"Saya juga nampak rangka kaki dan tangan berselerak sebelum melihat bahagian rangka lain yang tertanam secara meniarap dalam tanah di kawasan semak," katanya yang membuat laporan polis berhubung penemuan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment