My Add

Monday 26 August 2013

Ribut: 50 peniaga Medan Niaga Satok terlibat

Oleh FARHANA JONI

KUCHING, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Kira-kira 50 peniaga pasar malam Medan Niaga Satok di sini terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas kanopi milik mereka musnah dilanda ribut hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika sebahagian besar gerai menjual barangan jenis pakaian itu dilanda ribut sehingga ada kanopi diterbangkan sejauh 30 meter.

Walau ,bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu berikutan pasar malam tersebut beroperasi dari pukul 2 petang sehingga 12 tengah malam pada Khamis hingga Ahad.

Salah seorang peniaga yang mengalami kerugian, Aziah Langgie, 35, berkata, angin kuat yang datang dari arah Jalan Matang menghala ke tapak perniagaan itu membentuk seakan-akan puting beliung kecil sebelum menerbangkan kesemua barang yang berada di kawasan tersebut.

"Malah ada saksi melihat beberapa kanopi terbang setinggi hampir 20 meter dan menghempap kanopi lain.

"Akibat kejadian ini ramai peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila kanopi milik mereka rosak teruk. Mujur tiada melibatkan kemalangan jiwa," katanya ketika ditemui hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment