My Add

Thursday 15 August 2013

Dakwaan kawalan sempadan longgar tidak tepat

 * SEORANG anggota Rejimen Sempadan memantau keadaan sempadan Malaysia-Thailand bagi memastikan keadaan selamat daripada anasir luar, di Pos Ibrahim, Rantau Panjang hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID
KOTA BHARU, RABU, 14 Ogos, 2013: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok terkawal dengan rondaan dilakukan selama 24 jam oleh kira-kira 600 anggota daripada 1 Rejimen Sempadan yang ditempatkan di situ.

Panglima 8 Bridged, Bridgediar General Datuk Mohd. Zaki Hamzah berkata,

dakwaan bahawa kawalan di sempadan longgar adalah tidak tepat memandangkan pihaknya turut bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen selaras dengan Strategi Lautan Biru yang digubal kerajaan.

Beliau bagaimanapun mengakui sempadan Malaysia-Thailand yang hanya dipisahkan beberapa meter oleh Sungai Golok menjadi punca ramai pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjalankan aktiviti penyeludupan barangan antara kedua-dua negara.

"Di Kelantan kawalan kami adalah sepanjang kira-kira 140 kilometer dari Tumpat sehingga ke Batu Melintang, Jeli dengan rondaan berjalan kaki,

bermotosikal dan serang hendap sentiasa dilakukan selama 24 jam.

"Bagaimanapun sempadan ini luas dan modus operandi penyeludup berbeza-beza malah sempadan hanya dipisahkan oleh sungai, jadi bila mereka (penyeludup) ternampak anggota membuat rondaan mereka akan melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment