My Add

Wednesday 14 August 2013

DAP berterusan cabar kewibawaan ROS

 
KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Ogos, 2013: Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng didakwa bersikap besar kepala kerana menganggap DAP kebal undang-undang apabila sengaja ingkar dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula parti itu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, kedua anak-beranak itu seolah-olah mencabar kewibawaan ROS dengan cubaan melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah pertubuhan tersebut.

Katanya, mereka berdua bersikap biadab dan langsung tidak menghormati undang-undang kerana ROS merupakan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab mengendali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik.

Menurutnya, mereka sengaja mahu memanjangkan isu ini dan berasa diri seperti 'tokong' apabila dengan sewenang-wenangnya boleh mencabar pihak berkuasa.

"Kit Siang sengaja memanjangkan isu ini dengan mencadangkan siasatan awam manakala Guan Eng memberikan dua syarat kepada ROS. Mereka ingat mereka siapa?

"Mereka berdua pernah membuat drama tangisan untuk menarik undi simpati daripada umum. Apabila ada pihak mendedahkan isi kandungan ROS, terus mendiamkan diri, bahkan semasa bertemu dengan pendaftar, tidak pula cuba menyelesaikan isu tersebut, justeru tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka berdua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Tunku Aziz, siasatan awam itu tidak perlu diadakan berikutan pengakuan oleh DAP sendiri bahawa terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi mereka pada Januari lepas. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment