My Add

Tuesday 20 August 2013

Desakan Nazri Aziz tanding MT makin kuat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Ogos, 2013: Desakan agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) semakin kuat dan terbaharu dibuat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Mohamed Nazri perlu berbesar hati untuk bertanding agar tidak membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau ke jawatan MT.

Katanya, bagaimana UMNO hendak menjadi sebuah parti yang kuat jika panglima-panglima berjawatan menteri pun takut hendak 'bersilat' dalam gelanggang politik sendiri, sebaliknya hanya mengharap lantikan Perdana Menteri.

"Jangan bebankan Presiden parti untuk melantik beliau sebagai Ahli MT disebabkan Mohamed Nazri berjawatan menteri. Beliau perlu bertanding," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zamil mengucapkan tahniah kepada Mohamed Nazri kerana menukar pendirian apabila melantik anaknya, Muhammad Nedim sebagai pegawai khas bagi menjaga kawasan Parlimen Padang Rengas.

Menurutnya, sebagai pegawai khas yang akan menjaga kebajikan pengundi di Padang Rengas, Muhammad Nedim perlu mengumumkan alamat pejabat berserta nombor telefon agar rakyat dapat berhubung dengan mudah.

"Kita harap pelantikan ini bukan sekadar untuk mengaburi mata Perdana Menteri dan rakyat. Jika perkara ini benar, Muhammad Nedim perlulah bermastautin di Padang Rengas sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment