My Add

Tuesday 20 August 2013

Mesir guna kekuatan tentera

 *TENTERA Mesir menggunakan kereta perisai berkawal di hadapan Muzium Mesir di Dataran Tahrir, kelmarin. - AFP
KAHERAH, ISNIN, 19 Ogos, 2013: Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi memberi amaran bahawa kerajaan akan menggunakan kekuatan tentera habis-habisan bagi menggempur keganasan yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan.

Abdel Fattah dalam kenyataan pertamanya selepas kempen pembersihan penyokong Mursi dilancarkan pada Rabu lalu berkata, tentera tidak akan berdiam diri dalam berdepan dengan 'pemusnahan negara'.

"Kami sangat bersedia menghadapinya," katanya dalam satu ucapan melalui televisyen, sambil berikrar akan melancarkan tindak balas 'tegas' terhadap serangan ke atas balai polis dan bangunan kerajaan.

Abdel Fattah berkata, beliau tidak akan menyekat tentera 'bersemuka' dengan penyerang yang mahu memusnahkan negara.

"Kami tidak akan lagi berdiam diri dan sebarang keganasan tidak lagi akan diterima," tegasnya yang dipetik oleh al-Jazeera.

Sementara itu, pendakwa raya Mesir mengarahkan tahanan Mursi dilanjutkan selama 15 hari lagi bagi siasatan atas tuduhan terlibat dalam 'tindakan keganasan'.

Khamis lalu, pihak berkuasa Mesir melanjutkan tempoh tahanan Mursi selama 30 hari atas kes berlainan.

Mursi yang digulingkan tentera pada 3 Julai lalu ditahan di lokasi yang tidak diketahui atas tuduhan membunuh dan mengintip. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment