My Add

Thursday 22 August 2013

Dr. Subramaniam sah tidak rebut jawatan Presiden MIC

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam mengesahkan tidak akan bertanding merebut jawatan presiden parti pada pemilihan MIC bulan depan dan menyifatkan keputusan itu sebagai persetujuan bersama dan bukannya kompromi.

Beliau juga yakin tidak akan ada pertandingan untuk jawatan timbalan presiden yang disandangnya.

"Keputusan yang diambil adalah sesuatu yang dipersetujui bersama oleh semua pihak demi MIC maju ke hadapan dan keputusan ini bukanlah satu kompromi.

"Kalau kompromi pasti ada yang menang dan ada yang mengalah, namun keputusan tidak ada pertandingan dipersetujui semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan pada sidang media di pejabat beliau hari ini.

Dr. Subramaniam meminta semua anggota MIC supaya mengutamakan perpaduan parti dan semua ketua cawangan MIC memberi sokongan padu kepada Presiden MIC Datuk G. Palanivel. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment