My Add

Thursday 22 August 2013

Lelaki tempatan ditahan pasport guna gambar warga asing

MELAKA, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Seorang lelaki tempatan ditahan Jabatan Imigresen Melaka kerana cuba memperbaharui pasport antarabangsa menggunakan gambar seorang lelaki warga Sri Lanka yang mempunyai rupa paras seakan dirinya.

Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada 11 pagi semalam ketika berurusan di kaunter pejabat Imigresen Ayer Keroh di sini setelah kakitangan imigresen mendapati terdapat sedikit kelainan pada wajah dan gambar yang disertakan.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu dijanjikan bayaran sebanyak RM2,000 oleh lelaki warga Sri Lanka terbabit bagi melakukan perbuatan itu.

"Lelaki terbabit mengaku pertama kali melakukan kegiatan itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya pihaknya sedang mengesan lelaki warga asing terbabit serta melakukan siasatan terperinci termasuk tujuan lelaki itu ingin menggunakan pasport berkenaan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment