My Add

Friday 2 August 2013

Dua serangan roket gegar selatan Lubnan

BEIRUT, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Agensi berita Lubnan hari ini melaporkan sekurang-kurangnya dua serangan roket menggegarkan kawasan selatan ibu negara itu yang menempatkan Kementerian Pertahanan dan Istana Presiden.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan apabila serangan roket berkenaan yang mensasarkan Bandar Fayadiyyeh di Beirut, malam tadi.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan roket yang mensasarkan kawasan selatan ibu negara itu dalam tempoh dua bulan.

Setakat ini, tidak diketahui pihak yang bertanggungjawab menembak roket itu dan dari mana ia dilancarkan. - AP/BH

No comments:

Post a Comment