My Add

Sunday 4 August 2013

Elak bertanding demi kepentingan diri sendiri - Shafie Apdal

SEPANGGAR, AHAD, 04 Ogos, 2013: Ahli UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan utama dalam pemilihan parti perlu berlandaskan pada agenda memperkuat dan memperkasa parti serta mengelak kepentingan sendiri atau kumpulan tertentu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menawarkan diri mempertahan jawatan itu berkata, kehadiran calon-calon berkenaan perlu diterjemah untuk menjadi sinergi terbaik kepada perjuangan dan hala tuju parti, bukannya memudarat dan melemahkan parti.

“Ini ingatan saya kepada diri sendiri dan bakal calon lain. Naib Presiden dan mana-mana jawatan lain merupakan landasan penting dalam penggubalan dasar dan hala tuju parti terbesar ini.

“Ini bukannya pentas percubaan atau ujian populariti. Saya serahkan diri untuk dinilai keupayaan oleh ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Kampung Darau di sini malam tadi. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment