My Add

Sunday 4 August 2013

Mikro hidro tangani masalah elektrik luar bandar terpencil

SEPANGGAR, AHAD, 04 Ogos, 2013: Kerajaan akan memperkenalkan kaedah mikro hidro dalam menjana bekalan elektrik di kawasan luar bandar yang terpencil bagi memastikan seluruh lapisan masyarakat mampu menikmati kemudahan asas itu dengan sempurna.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menjelaskan, pendekatan itu amat perlu memandangkan faktor geografi kawasan berkenaan yang menyebabkan kaedah biasa seperti pengagihan bekalan melalui talian grid, solar dan turbin angin tidak sesuai dilaksanakan.

Menurutnya, selain kosnya yang murah dan senang untuk diselenggara tanpa memerlukan penglibatan agensi kerajaan, kaedah itu yang mesra alam juga mampu memanfaatkan jumlah penduduk yang agak besar. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment