My Add

Thursday 1 August 2013

GII Mudarabah RM4 bilion terlebih langgan 2.92 kali

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Terbitan sulung Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) berasaskan Murabahah baru-baru ini sebanyak RM4 bilion di bawah struktur Murabahah yang diterima umum telah terlebih langganan sebanyak 2.92 kali.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, ia merupakan tawaran bidaan tertinggi setakat ini hingga menghasilkan kadar hasil yang sangat kompetitif. "Purata wajaran hasil berjaya pada masa terbitan ialah 3.389 peratus, sama dengan Sekuriti Kerajaan Malaysia tiga tahun, yang diniagakan sekitar 3.396 peratus," kata BNM.

Bank Pusat itu berkata, terbitan tersebut disokong oleh peniaga utama, konvensional dan juga Islam.

"Pasca-lelong, GII berada pada 5.6 mata asas di tengah-tengah dagangan bernilai RM1.7 bilion," kata BNM dalam satu kenyataan.

Pengarah Pasaran Global Islam Maybank Islamic Bhd, Aria Putera Ismail berkata, terbitan sulung GII berasaskan Murabahah itu adalah tepat pada masa untuk menarik institusi kewangan asing Islam yang berpangkalan di Malaysia dan pelabur Timur Tengah.

"Ini akan mewujudkan pasaran sukuk yang aktif dan lebih kukuh, selain menyediakan peluang bagi lebih banyak pertukaran asing dan urus niaga lindung nilai patuh Syarikat dalam masa terdekat ini," katanya.

GII yang diterbitkan pada 22 Julai itu, pada asasnya ialah sijil hutang yang muncul daripada urus niaga jualan menaikkan harga tertunda aset seperti komoditi terutama minyak sawit mentah, yang mematuhi prinsip Syariah.

Terbitan primer dikendalikan melalui lelongan kompetitif menerusi rangkaian Peniaga Utama manakala dagangan sekunder kekal di bawah konsep Bay Al-Dayn. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment