My Add

Wednesday 21 August 2013

Hishammuddin calon Johor tunggal tanding Naib Presiden

 Hishammuddin
KUALA LUMPUR , SELASA,20 Ogos, 2013: UMNO Johor sebulat suara menyokong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai calon tunggal dari negeri itu yang akan bertanding jawatan Naib Presiden menjelang pemilihan parti Oktober ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan sebulat suara itu dalam mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri itu Ahad lalu.

"Keputusan untuk tidak meletakkan orang lain bertanding jawatan itu adalah bagi mengurangkan persaingan dalam kalangan pemimpin-pemimpin negeri ini.

"Ini adalah untuk mencapai muafakat (kata sepakat) bagi Johor," katanya yang dipetik daripada laporan akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini.

Keadaan itu berbeza sama sekali berbanding pemilihan parti pada tahun 2009 apabila tiga pemimpin UMNO dari Johor iaitu Hishammuddin, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Mohamed Khaled bersaing untuk merebut jawatan Naib Presiden.

Setakat ini pemimpin yang mengumumkan untuk bertanding dan mempertahankan jawatan itu ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta pencabar terbaharu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Malah, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dikhabarkan turut mengintai jawatan tersebut, namun masih belum diputuskan.

Sementara itu, Mohamed Khaled juga dilaporkan mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi UMNO. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment