My Add

Thursday 8 August 2013

Hospital Selayang cari waris mayat seorang lelaki

KUALA LUMPUR, RABU, 07 Ogos, 2013: Hospital Selayang sedang mencari waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia semalam, dan mayatnya masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik.

Ketua Penolong Pengarah Kanan hospital itu, Dr Supathiratheavy Rasiah, berkata pihaknya sedang mencari waris si mati yang dikenali Hermizan Abdul Rahim, 33, di alamat terakhir, No.10, Jalan Tenaga 4 Taman Sungai Chua, Kajang dekat sini, tetapi gagal.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Supathiratheavy berkata, waris si mati atau orang ramai yang mengenalinya boleh datang ke jabatan itu untuk menuntut mayat lelaki itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati boleh menghubungi Ketua Jururawat atas panggilan (sister on call), Penyelia Hospital di talian 03-6126 3333 atau 03-6120 3233. - BH

No comments:

Post a Comment