My Add

Monday 19 August 2013

Ibu bapa kanak-kanak mangsa dera direman

IPOH, SABTU, 17 Ogos, 2012: Ibu bapa kanak-kanak malang yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam selepas dipercayai didera dengan kejam, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri tersebut dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi.

Kedua-dua suspek yang berpakaian lokap dibawa ke mahkamah dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh secara berasingan pada pukul 10.40 pagi dan 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, wanita berusia 30 tahun dan suaminya yang berumur 39 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 117 Akta Kanun Jenayah bagi membantu siasatan kes penderaan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun.

''Ibu bapa mangsa ditahan di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu dekat sini pada pukul 1.30 petang semalam.

''Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendera," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Chang Keong memberitahu, kanak-kanak perempuan tersebut yang mempunyai banyak kesan luka dan kecederaan di badan.

Semalam, seorang doktor HRPB, Mohd. Safwan Adnan membuat aduan kepada polis mengenai seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami kecederaan teruk dipercayai akibat didera oleh ibu sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment