My Add

Monday 26 August 2013

Ibu kanak-kanak didera kejam didakwa membunuh

Oleh ROKIAH ABDULLAH

 *TERUDUH, Chan Mee Chin dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh anaknya, Ho Yan Hui, 5, di Mahkamah Majestret Ipoh, hari ini. - UTUSAN
IPOH, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Ibu kepada kanak-kanak malang berusia lima tahun yang dipercayai didera secara kejam hari ini dihadapkan ke mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anak perempuannya itu.

Pendakwaan terhadap Chong Mee Chin, 30, dari Menglembu di sini itu dibuat berikutan mangsa, Ho Yan Hui yang sebelum ini berada dalam keadaan koma dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah meninggal dunia di hospital tersebut kira-kira pukul 2.40 petang semalam.

Mee Chin yang berambut panjang paras bahu dilihat hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami pertuduhan sebaik pertuduhan bunuh itu dibacakan terhadapnya dalam bahasa Kantonis oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mee Chin yang memakai baju lokap hijau ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Haslinda A. Raof pada kira-kira pukul 3.30 petang.

20 Ogos lalu, Mee Chin yang juga merupakan seorang suri rumah turut didakwa atas dua tuduhan melakukan penganiayaan dan penderaan terhadap anak perempuannya itu dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan sebatang rotan serta dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment