My Add

Sunday 25 August 2013

Indeks kesejahteraan rakyat antara fokus Bajet 2014

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Indeks kesejahteraan rakyat turut menjadi fokus utama baharu dalam Bajet 2014 yang dilihat akan memberi manfaat kepada rakyat secara holistik dan menyeluruh.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, indeks itu diberikan tumpuan oleh kerajaan adalah bagi membantu rakyat untuk mengurangkan pelbagai tekanan sama ada ekonomi dan juga berkaitan isu kehidupan.

Tegas beliau, isu seperti penurunan dan pengawalan harga rumah, barang keperluan harian, keselamatan serta kesesakan jalan raya dilihat penting dalam meningkatkan indeks tersebut.

"Bajet kali ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk mengagihkan nikmat serta limpahan ekonomi kepada semua pihak tanpa ada terkecuali.

"Diharapkan, rakyat dapat bersama-sama memberi cadangan serta komen dalam usaha kerajaan meningkatkan indeks kesejahteraan agar bajet kali ini akan memberi manfaat kepada semua,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kongsi Raya anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti Bandar Sri Permaisuri di Masjid An-Najihin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment