My Add

Sunday 11 August 2013

Ishtiaq cerminan kepayahan hidup bekas atlet negara: Vaithilingam

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Ogos, 2013: Bekas atlet Olimpik negara, Allahyarham Ishtiaq Mubarak adalah insan hebat yang membawa kegemilangan kepada negara, namun seperti ramai bekas atlet dan jurulatih lain, beliau juga menghadapi kepayahan hidup, kata bekas pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Datuk A Vaithilingam.

Katanya dalam kenyataan di sini hari ini, beliau pertama kali bertemu

Ishtiaq di Pasar Road English School di sini pada 1950an ketika era kegemilangan Allahyarham sebagai atlet bermula.

"Saya menulis kenyataan ini selepas menerima berita mengejutkan bahawa
Ishtiaq sudah meninggal dunia. Baru beberapa minggu lepas beliau menghubungi
saya, berterima kasih kepada saya kerana memahami keadaannya," kata Vathilingam,
menambah beliau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Allahyarham pada
hari raya pertama, mengucapkan selamat hari raya.

Namun, keesokannya beliau menerima balas menyatakan atlet lompat pagar itu sudah meninggal dunia.

Ishtiaq yang mengalami strok kira-kira tiga tahun lalu meninggal dunia pada
9.55 pagi semalam, selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Taman
Zoo View, Hulu Kelang di sini. - BH

No comments:

Post a Comment