My Add

Wednesday 7 August 2013

Istana terbuka di Seri Menanti pada 1 Syawal

SEREMBAN, RABU, 07 0gos, 2013: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama.

Menurut Setiausaha Sulit baginda, Zahirin Adnan, majlis itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2.30 petang.

"Baginda dijadual berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada pagi itu dan kemudian berangkat ke Makam Diraja Seri Menanti bagi menyempurnakan majlis tahlil," katanya di sini hari ini.

Baginda bersama kerabat diraja dijangka berangkat ke Istana Besar Seri Menanti pada 10 pagi, katanya.

Seluruh rakyat dijemput hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan pada majlis tersebut sambil berpeluang berhari raya bersama baginda. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment