My Add

Monday 26 August 2013

Jangan terlalu teruja pencalonan Ketua Menteri

 Salleh Said Keruak
KOTA BELUD, AHAD, 25 Ogos, 2013: Pemimpin UMNO di negeri ini diminta tidak terlalu teruja dan memperbesarkan isu kemungkinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti Oktober depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya membuat rumusan awal memandangkan Musa masih belum membuat apa-apa keputusan.

"Saya ingin menekankan bahawa Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini. Jadi, persoalan mengenai bertanding tidak timbul," katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Kota Belud di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Salleh, masih terlalu awal untuk mana-nama pihak membuat kesimpulan sama ada Musa akan bertanding atau tidak jawatan itu

Katanya, UMNO Sabah hanya menyatakan sokongan padu kepada Musa sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding dan apa sahaja keputusan Musa akan diterima baik.

Sebelum ini Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan menyatakan Musa adalah antara calon terbaik untuk bertanding jawatan itu dan mendapat sokongan daripada UMNO Sabah.

Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dijangka sengit apabila tiga penyandangnya iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pendirian mempertahankan jawatan itu.

Selain itu, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengesahkan untuk turut bertanding kali in - UTUSAB. 

No comments:

Post a Comment