My Add

Friday 16 August 2013

Jual MAS tidak menguntungkan rakyat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengecam cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala supaya kerajaan keluar daripada industri penerbangan dengan menjual Malaysian Airline System Berhad (MAS).

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim berkata, cadangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS itu hanya akan menguntungkan pihak tertentu sahaja dan bukan MAS, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ataupun rakyat.

Berikut ialah kenyataan Ruslan:

1. Kenyataan Idris Jala hanya akan menguntungkan pihak tertentu sahaja dan bukan MAS, Khazanah atau rakyat.

Istilah menjual harta kerajaan kepada swasta tertentu hanya akan menjana keuntungan besar kepada broker kewangan yang mungkin rapat dengan beliau, telah menjadi tanda tanya ramai pihak patriotik.

2. Tindakan ini bercanggah dengan konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibentuk oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Pencapaian DEB pun belum cecah 30 peratus. Betulkah semasa Idris di MAS, AirAsia Berhad (AirAsia) berjaya ambil alih 'local route' tanpa bayar pampasan kepada MAS?

Betulkah Idris dianggap 'friendly' terhadap AirAsia?

Penjelasan yang sempurna perlu diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

3. Dalam isu MAS pula, kita sokong penuh kenyataan Kesatuan Kakitangan MAS (MASEU) iaitu Alias Aziz.

Ternyata kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya terserlah yang mana pelantikan beliau dahulu seolah-olah seperti menghantar tikus baiki labu.

Semua orang tahu bahawa Ahmad Jauhari adalah calon pilihan Tan Sri Tony Fernandes.

Kita meminta Ahmad Jauhari diberi peluang menjelas perkara ini sebab ramai yang mengatakan bahawa pelantikan Ahmad Jauhari lebih memberi 'advantage' kepada AirAsia.

Ini bukannya tuduhan tetapi hanya minta penjelasan ikhlas daripada Ahmad Jauhari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment