My Add

Sunday 25 August 2013

Karpal cabar Waythamoorty letak jawatan

PULAU PINANG, SABTU, 24 Ogos, 2013: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorty dicabar melepaskan jawatannya dalam Kabinet sekiranya mahu mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mempertikaikan kejadian lima penjenayah ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Sungai Nibong dekat sini, Isnin lalu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membuat cabaran tersebut berkata, tindakan sedemikian perlu sebagai bukti beliau memang mahu memperjuangkan nasib masyarakat India.

"Sekiranya Waythamoorty tetap berpegang dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, beliau patut melepaskan jawatan dalam Kabinet yang disandangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan Waythamoorthy supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan Waythamoorthy supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Hindraf.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, lima ahli kumpulan kongsi gelap yang amat berbahaya kerana terlibat dalam 10 kes bunuh di tiga buah negeri, mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis yang menyerbu sebuah unit pangsapuri di Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment