My Add

Sunday 25 August 2013

Pemilihan CEC: DAP kekal calon sama

PULAU PINANG, SABTU, 24 Ogos, 2013: Biarpun dibantah pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli sendiri, DAP tetap dengan pendirian untuk mengekalkan calon dan perwakilan sama bagi pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dijadualkan September ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, keputusan tersebut dibuat memandangkan pemilihan semula itu bukannya pemilihan baharu.

Malah, tegasnya, semua calon yang terlibat layak bertanding semula dalam pemilihan sempena Kongres Khas Nasional parti itu kelak.

"Ini bukan pemilihan baharu tetapi pemilihan semula, jadi calon juga haruslah sama dan kita harap semua pihak menerima keputusan ini.

"Pemilihan ini penting dalam menyelesaikan masalah berkaitan dan kita akan menghantar notis berhubung pemilihan semula ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat," katanya di sini hari ini.

Ditanya sama ada DAP akan melantik pemerhati bebas semasa pemilihan semula itu, Karpal memberitahu, ia tidak perlu.

"Saya rasa tidak perlu pemerhati bebas kerana kita sudah melantik syarikat audit antarabangsa bagi memantau pemilihan itu nanti. Kita juga berharap agar semuanya akan berjalan dengan lancar," jelasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment