My Add

Monday 26 August 2013

Kementerian sedia ambil 2 adik beradik mangsa dera

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berusaha mendapatkan perintah tetap hak jagaan kanak-kanak ke atas dua lagi adik beradik mangsa dera berumur 5 tahun yang meninggal dunia semalam.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim menegaskan bahawa perintah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 itu akan dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap abang dan adik mangsa dera yang masing-masing berusia 8 dan 2 tahun dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, Kementerian akan memberi tempoh sebulan kepada keluarga dan waris terdekat untuk tuntut hak jagaan dua kanak-kanak tersebut.

"Sekiranya, tiada keluarga atau waris yang tampil, kami akan dapatkan perintah tetap jagaan di mahkamah," katanya pada sidang akhbar program Jelajah Pengarah Wanita di sini, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah 11 hari berada dalam keadaan koma yang dipercayai didera dengan kejam oleh ibu kandungnya.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pukul 2:40 petang selepas dimasukkan ke HRPB 18 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment