My Add

Monday 12 August 2013

Kerajaan P. Pinang perlu bela nasib mangsa kebakaran

 *HILMI Yahaya (kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di kawasan perumahan setinggan di Sungai Nibong Kecil, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG, AHAD, 11 Ogos, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta segera membantu 16 buah keluarga mangsa kebakaran kawasan setinggan di Kampung Sungai Nibong Kecil petang semalam.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, ketika ini, mangsa berada dalam keadaan terkejut dan memerlukan pembelaan sewajarnya.

"Ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini dahulu, pernah berlaku sebanyak tiga kali kebakaran besar yang memusnahkan banyak rumah.

"Bagi meringankan beban mereka, pada waktu itu kita mengambil keputusan untuk membina kediaman sementara untuk keluarga terlibat dan juga mencari rumah sewa.

"Sehubungan itu, saya menggesa kerajaan negeri sekarang juga berbuat demikian kerana ketika ini mangsa mendiami dewan orang ramai. Ada juga yang menumpang di rumah saudara mara dan berada dalam keadaan tidak selesa kerana ada di antara mereka mempunyai empat hingga enam orang anak," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa terlibat di sini hari ini.

Menurut Hilmi, sumbangan berjumlah RM1,000 adalah daripada UMNO negeri dan sebanyak RM500 lagi dihulurkan syarikat Koperasi Tunas Muda.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, beliau turut berterima kasih kepada pihak persendirian yang menyumbangkan barangan lain seperti tilam dan beras kepada mangsa.

Dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam, sebanyak 16 buah rumah musnah kerana kedudukan yang terletak berdekatan selain tiupan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran di kampung berkenaan yang mempunyai lebih 500 orang penduduk.

Mengulas lanjut mengenai bantuan yang disampaikan, Hilmi berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil sikap lepas tangan walaupun kini menjadi pembangkang di negeri ini.

Kawasansan kebakaran terletak dalam Parlimen Bayan Baru yang dimenangi pembangkang, namun itu  - bukan alasan untuk kita berdiam diri. Selagi terdaya, kita akan tolong," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment