My Add

Sunday 25 August 2013

Kerajaan terus beri peluang kepada wanita

  *NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Majlis Sambutan Hari Wanita 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013" Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memberi peluang kepada wanita supaya peranan golongan itu dalam pembangunan negara dapat dipertingkat.

Perdana Menteri memberitahu, kaum wanita berupaya menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik ketika diberi peluang.

"Sudah terbukti dalam konteks negara kita, apabila kita beri jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan, dalam pentadbiran, umumnya golongan wanita telah membuktikan kemampuan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Hari Wanita 2013 Peringkat Kebangsaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment