My Add

Sunday 25 August 2013

Pakistan bebas 337 tahanan India

ISLAMABAD, AHAD, 25 Ogos, 2013: Kerajaan baharu Pakistan semalam membebaskan 337 tahanan India, kebanyakannya nelayan, sebagai langkah memperbaiki hubungan dengan negara jirannya itu.

Kesemua tahanan berkenaan, termasuk nelayan yang ditangkap kerana memasuk perairan Pakistan lebih dua tahun lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing melalui laluan di sempadan Wagah yang terletak antara bandar Lahore dan Amritsar, India.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berkata, hubungan yang baik dengan India merupakan kunci utama untuk memulihkan ekonomi negara ini berbanding polisi luar dan keselamatan yang digunapakai oleh pihak tentera sebelum ini. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment