My Add

Wednesday 14 August 2013

Kesihatan Azizan semakin baik, kini dirawat di HSB

ALOR SETAR, SELASA, 14 Ogos, 2013: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi meneruskan rawatan selepas lebih tiga bulan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kompilasi diabetis yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau berusia 69 tahun itu tiba di HSB dari HPP kira-kira pukul 11.15 pagi dengan ditemani anak lelaki beliau dan ahli keluarga terdekat.

Difahamkam, urusan pemindahan tersebut berjalan lancar dengan keadaan kesihatan beliau stabil sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit itu.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Helmi Khalid berkata, semalam mereka dimaklumkan bahawa Azizan akan dipindahkan ke HSB ekoran tahap kesihatannya semakin pulih.

Katanya, keadaan kesihatan Azizan bertambah baik dan luka-luka pembedahan di kedua-dua belah kakinya sudah kering.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi dengan orang ramai yang melawatnya tetapi masih perlu berada di bawah pemerhatian rapi doktor," katanya di sini hari ini.

Mohd. Helmi berkata, buat masa ini doktor tidak membenarkan Azizan menerima terlalu ramai pelawat bagi membolehkan beliau berehat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment