My Add

Monday 12 August 2013

Kesihatan Mandela semakin stabil

JOHANNESBURG, ISNIN, 12 Ogos, 2013: Tahap kesihatan Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kini beransur pulih tetapi beliau masih diletakkan dalam keadaan kritikal, kata pihak kerajaan hari ini.

Pemimpin anti-apartheid berusia 95 tahun itu sudah berada di Hospital Pretoria selama dua bulan untuk rawatan jangkitan paru-paru yang berulang.

"Tahap kesihatan bekas presiden meningkat secara perlahan tetapi stabil,’’ kata Presiden Afrika Selatan dalam satu kenyataan, sambil menambah Mandela bagaimanapun masih diletakkan di dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, anak bongsu Mandela berkata kesihatan bapanya semakin baik setiap hari dan beliau sudah boleh duduk untuk beberapa minit. - Reuters/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment