My Add

Sunday 25 August 2013

Komponen BN wakili kaum India digesa bergabun

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Kesemua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili masyarakat India di negara ini digesa bergabung di bawah satu parti tunggal bagi memastikan usaha memperkasakan kebajikan kaum tersebut dapat dilakukan dengan efisien.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin MIC, PPP, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) dan Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berbincang berhubung perkara tersebut demi kebaikan serta masa depan kaum yang diwakili.

Menurut beliau, terserah kepada kesemua parti tersebut untuk menentukan bentuk struktur parti tunggal baharu itu berdasarkan persetujuan masing-masing, namun objektif utamanya perlu ke arah menyatupadukan masyarakat India di negara ini.

"Mengikut purata sokongan masyarakat India terhadap BN pada pilihan raya umum lalu, kita ingat kita dapat sokongan dalam 66 hingga 70 peratus tetapi rupa-rupanya hanya 48 peratus.

"Kita perlu memikirkan bagaimana untuk meningkatkan sokongan ini sehingga 70 peratus? Kalau parti-parti India sendiri berpecah, situasi menjadi sangat susah kerana sesebuah pilihan raya adalah berasaskan angka," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Makkal Sakti Ke-5 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, penggabungan kesemua parti India adalah penting kerana tiada sebab bagi mereka untuk bersaing antara satu sama lain.

Beliau menjelaskan, parti-parti tersebut harus selalu ingat bahawa Malaysia hari ini berjaya kerana perpaduan yang dimiliki rakyatnya meskipun berbeza latar belakang kaum dan agama. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment