My Add

Sunday 25 August 2013

Waythamoorthy perlu faham tanggungjawab bersama

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy seharusnya memahami tentang tanggungjawab bersama yang digalas oleh setiap menteri Kabinet di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada pihak yang boleh meletakkan kepentingan politik mereka melebihi tanggungjawab bersama itu.

Beliau turut menyifatkan tindakan yang bersandarkan kepada emosi dalam sesuatu keadaan tidak menunjukkan kepimpinan yang waras.

"Saya dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mesti ada pandangan peribadi.

"Kalau saya beremosi dalam membuat keputusan berhubung tragedi di Genting Highlands, mungkin hari ini saya hentikan semua perkhidmatan bas di kawasan itu," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan sebelum itu mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment