My Add

Tuesday 20 August 2013

Krisis Mesir: Pas serah memorandum kepada PM

PUTRAJAYA, SELASA, 20 Ogos, 2013: Pas hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta agar diadakan persidangan khas Parlimen bagi membincangkan krisis di Mesir.

Memorandum itu diserahkan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Khairun Aseh di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ketika ditemui pemberita, Salahuddin berkata Malaysia perlu mengemukakan satu usul yang bukan sahaja mengecam krisis di Mesir tetapi juga menggesa badan antarabangsa mengambil tindakan sewajarnya bagi menamatkan konflik itu.

"Seperti usul-usul sebelum ini... Syria, Palestin kami menyokong apa yang dilakukan Malaysia," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment