My Add

Tuesday 20 August 2013

Kes 3 atlet Sukma merogol disebut semula 20 Sept.

 *SEBUTAN kes tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) Wilayah Persekutuan yang didakwa merogol pegawai pengiring di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, di Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN
PETALING JAYA, SELASA, 20 Ogos, 2013: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, bulan lepas.

Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan forensik, perubatan, dan kimia berhubung kes itu.

Pada 11 Julai lepas, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19; Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.

Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment