My Add

Thursday 22 August 2013

Kumpulan pertama pelajar dari Mesir tiba petang ini

PUTRAJAYA, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Kementerian Luar memaklumkan kumpulan pertama pelajar Malaysia dari Mesir yang akan pulang dalam Op Piramid 2 dijangka tiba di tanah air pukul 6.40 petang ini.

Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, seramai lima pelajar tersebut akan tiba menggunakan pesawat komersil, Egypt Air (MS 960) dari Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, kumpulan kedua seramai lapan pelajar pula dijangka tiba pada pukul 9.45 malam ini dengan menggunakan pesawat Emirates Airlines dari Iskandariah.

"Kumpulan ketiga yang mengandungi seramai 45 pelajar pula akan diterbangkankan dari Kaherah hari ini menggunakan dua pesawat jenis Singapore Airlines yang masing-masing dijangka tiba di KLIA pada pukul 8.05 dan 9.30 pagi esok.

"Manakala, kumpulan keempat seramai 11 pelajar pula akan dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 11.40 malam ini dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 6.40 petang esok menggunakan pesawat Egypt Air," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anifah, pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah dan pelbagai agensi lain di sana telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan semua pelajar Malaysia yang dipindahkan itu.

Katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan kepentingan negara terutamanya keselamatan pelajar Malaysia di luar negara menjadi keutamaan kerajaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment