My Add

Tuesday 6 August 2013

Lapan terkorban bom kereta meletup di selatan Filipina

COTABATO CITY, SELASA, 06 Ogos, 2013: Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan lebih 30 lagi mengalami kecederaan selepas bom yang diletakkan dalam kereta meletup di jalan utama di selatan bandar Filipina, petang semalam.

Anggota tentera dan polis menutup kawasan di sepanjang Sinsuat Avenue, di sini ketika bomba dan penyelamat serta ambulans tiba di tempat kejadian.

Saksi berkata, sekurang-kurangnya empat mayat terdampar di tepi jalan manakala kereta dan bangunan terbakar akibat letupan berkenaan.

Kebakaran turut merosakkan kabel elektrik dan telefon serta menyebabkan bekalan elektrik tergendala. - AP/BH

No comments:

Post a Comment