My Add

Monday 26 August 2013

Lelaki cedera di jari selepas ditembak dipercayai ketika bergaduh

SUNGAI PETANI, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Seorang lelaki cedera pada jari tangan sebelah kanan selepas ditembak dipercayai ketika bergaduh di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut. - BH

No comments:

Post a Comment