My Add

Monday 26 August 2013

Malaysia bersedia buat pelaburan besar bangunkan infrastruktur di Afrika Selatan

PUTRAJAYA, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Datuk Seri Najib Razak berkata, syarikat Malaysia bersedia untuk terbabit untuk membuat pelaburan besar bagi membangunkan infrastruktur di Afrika Selatan bergantung kepada syarat dan peraturan serta model pembangunan yang ditetapkan negara berkenaan.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan permintaan Presiden Afrika Selatan, Jacob Gedleyihlekisa Zuma, yang mahu Malaysia terbabit dalam membuat pelaburan besar secara langsung bagi pembangunan infrastruktur di negara itu selepas mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat hubungan dua hala, di sini.

"Syarikat Malaysia mempunyai kekuatan dan pengalaman dan membangunkan lebuh raya, janakuasa tenaga, pelabuhan, pembangunan lapangan terbang dan pembinaan rumah untuk rakyat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan itu di sini, sebentar tadi.

Lawatan Zuma untuk kali keempat ke negara ini dilihat bakal mempererat hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Afrika Selatan dan secara jelas mencerminkan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara. - BH

No comments:

Post a Comment