My Add

Wednesday 14 August 2013

Lempar bom: Polis tahan lelaki bantu siasatan

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG, SELASA, 13 Ogos, 2013: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kereta seorang pegawai bank dilanggar dan dilempar bom dipercayai buatan sendiri di Love Lane semalam.

Suspek berusia 38 tahun ditahan di Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 4.10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang disoal siasat mengaku melanggar dan melemparkan bahan letupan itu berikutan tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa.

"Lelaki itu ditahan selepas satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu. Suspek yang berasal dari Taman Sarindek, Sungai Petani kini ditahan reman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, seorang pegawai bank bersama rakannya terselamat walaupun kereta yang dipandunya dilempar bom buatan sendiri oleh individu tidak dikenali di Love Lane. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment