My Add

Sunday 11 August 2013

Lima maut dalam letusan gunung berapi di Indonesia
JAKARTA, AHAD, 11 Ogos, 2013: Lima orang maut selepas Gunung Berapi Rokatenda meletus sehingga mengakibatkan abu dan batuan panas merebak sejauh 2,000 kilometer ke kawasan pantai berdekatan.

"Dalam kejadian yang berlaku pada hari jumaat pada pukul 8.27 minit malam itu, tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak maut.

"Kami telah menemui mayat orang dewasa, tetapi masih mencari mayat kanak-kanak (yang terbunuh). Usaha mencari berdepan kesukaran kerana kawasan itu masih sangat panas,’’ kata Ketua Pusat Vulkanologi & Mitigasi Bencana Geologi, Badan Geologi (PVMBG), Surono.

Gunung Berapi Rokatenda berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober lalu, selepas pihak berkuasa melarang orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3 kilometer dari kawah. Pulau itu didiami oleh kira-kira 7,000 orang penduduk. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment