My Add

Monday 19 August 2013

Mahdzir Khalid saran perbanyak Sekolah Wawasan

KUALA NERANG, AHAD, 18 Ogos, 203: Kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak Sekolah Wawasan walaupun pelaksanaannya mendapat tentangan pihak tertentu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, kerajaan perlu meneruskan agenda perpaduan kaum tanpa menghiraukan segelintir pihak yang cuba menggagalkan hasrat kerajaan untuk menyatupadukan rakyat.

"Menerusi Sekolah Wawasan, semua pelajar berbilang kaum akan berkongsi kantin, padang permainan dan dewan yang sekaligus mereka berpeluang untuk menjadi lebih rapat," katanya yang pernah menjadi pengetua sekolah di Beaufort, Sabah.

"Sabah adalah negeri terbaik yang mengumpulkan pelajar berbilang kaum dalam satu sekolah. Semua sekolah tidak kira sekolah Melayu mesti ada pelajar dari kaum Cina, India dan lain-lainnya dan pelajarnya dapat kenal lebih rapat antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Padang Terap di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment