My Add

Monday 19 August 2013

Noh tarik balik saman fitnah kepada kerajaan Selangor

TANJON KARANG, AHAD,, 18 Ogos, 2013: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar akan menarik balik saman fitnah terhadap kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim yang difailkan pada 14 Mac 2012.

Beliau berkata, tindakan itu diambil setelah berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak terbabit seperti yang disiarkan dalam akhbar milik kerajaan negeri itu, Selangor Kini edisi 16-23 Ogos 2013.

"Saya akan tarik balik saman fitnah ini selepas berpuas hati dengan penjelasan dan seperti yang dipersetujui bersama.

"Bukan nilai saman yang penting sebaliknya maruah dan kredibiliti saya yang difitnah oleh pihak terbabit," katanya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang di sini malam tadi.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memfailkan saman fitnah itu selepas kerajaan Selangor melalui akhbar rasminya Selangor Kini keluaran 25 November-2 Disember 2011 yang menerbitkan dua artikel yang berbaur fitnah berbunyi, "Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan" dan artikel yang menyiarkan kain rentang, "Noh Omar Khianat Petani dan Lesap RM110 juta Untuk Bantuan Petani." - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment