My Add

Friday 16 August 2013

Malaysia hab acara perniagaan Asia

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi memastikan negara dikenali sebagai hab acara perniagaan Asia, pelbagai aktiviti yang menjurus kepada perniagaan telah dimasukkan ke dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menurut beliau, program perniagaan itu dimasukkan ke dalam ETP bertujuan meningkatkan kedatangan pelancongan perniagaan di negara daripada lima peratus pada tahun 2010 kepada lapan peratus tahun 2020 atau 1.2 juta ke 2.9 juta pengunjung

"Sehubungan itu, kerajaan telah mengenal pasti beberapa program bagi menarik ahli-ahli perniagaan dan menyediakan pelbagai insentif supaya misi tersebut tercapai, sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Saya yakin The International Dragon Awards 2013 (IDA 2013) yang diadakan ini akan membantu dalam menjayakan misi tersebut, lantas mengukuhkan peranan negara selaku peneraju destinasi acara perniagaan di rantau Asia," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan IDA 2013 bagi mengiktiraf kecemerlangan pemain industri insurans dan kewangan Cina dari 16 negara termasuk China, Taiwan, Hong Kong, Korea dan Australia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Pengerusi IDA, Richard Wu dan Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif.

Menurut Najib, industri insurans negara masih berada dalam relatif kecil berbanding standard antarabangsa, namun dengan jangkaan perkembangan ekonomi dan sebahagian besar populasi akan mencapai pendapatan per kapita yang signifikan, maka permintaan produk jenis simpanan dan risiko bakal meningka - UTUSAN

No comments:

Post a Comment