My Add

Sunday 4 August 2013

Mas Ermiyati tawar tanding Ketua Puteri

MELAKA, AHAD, 04 Ogos, 2013: Ketua Puteri UMNO negeri, Mas Ermiyati Samsudin menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan September ini.

Mas Ermiyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Exco Pergerakan Puteri Kebangsaan berkata, dia kini dalam proses bertemu semua ahli di peringkat akar umbi untuk mendapatkan maklum balas.

"Saya pernah berada di bawah kepimpinan tiga Ketua Puteri UMNO yang berbeza dan saya berharap penawaran ini mendapat memberi sokongan serta kepercayaan agar saya terpilih pada pemilihan akan datang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mas Ermiyati, seorang lagi Exco Pergerakan Puteri Kebangsaan yang berminat untuk bertanding jawatan itu ialah Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment