My Add

Monday 26 August 2013

Mashitah tanding jawatan Exco Wanita

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan untuk bertanding bagi merebut jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan diadakan September ini.

Menurut beliau, keputusan dibuat selepas berbincang dengan rakan-rakan dan selepas melihat keperluan dalam membantu parti menghadapi tohmahan pihak pembangkang.

"Peranan wanita dalam perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan lagi dan saya yakin akan dapat turut membantu dengan pengalaman dan ilmu yang ada.

"Keyakinan saya untuk bertanding dikuatkan lagi dengan kaedah pemilihan baru yang mana akan menjadikan pemilihan lebih telus dan adil," kata beliau ketika sidang akhbar di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment