My Add

Monday 26 August 2013

Bendung hegemoni kuasa besar

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Satu forum antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin negara Asia perlu diadakan bagi membendung hegemoni negara kuasa besar yang semakin membimbangkan.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar berkata, perkara itu perlu kerana benua Asia menyaksikan pelbagai konflik dalaman yang berkemungkinan 'diaturkan' tangan-tangan asing.

"Sebelum ini kita tidak pernah mendengar konflik antara Muslim dengan Buddha tetapi semakin ketara di Thailand, Myanmar, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia.

"Perpecahan ini melemahkan kekuatan sesebuah negara dan membolehkan hegemoni negara kuasa besar diperluaskan tidak kira dengan cara ekonomi ataupun ketenteraan," katanya ketika menjadi ahli panel Persidangan Usaha ke Arah Keamanan anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF), di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment