My Add

Friday 2 August 2013

Maznah dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

SEGAMAT, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Jurulatih anjing, Maznah Mohd. Yusof, 38, yang dipercayai terlibat dengan video menghina Islam dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah kira-kira pukul 2.20 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini.

Maznah yang berbaju kemeja kotak dan memakai topi dibawa meninggalkan IPD itu oleh tiga ahli keluarganya dengan menaiki sebuah kereta.

Dia yang kelihatan bersahaja enggan memberi sebarang komen kepada media.

Terdahulu Maznah dibawa dari Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum dihantar ke IPD itu pukul 12.15 tengah hari untuk dibebaskan - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment