My Add

Saturday 3 August 2013

Media berjaya bentuk fikiran Malaysia di pihak benar

 * NAJIB Razak bergambar bersama sebahagian petugas media yang membuat liputan pencerobohan Lahad Datu dan menerima Pingat Kedaulatan Negara pada majlis Berbuka Puasa Media bersama Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini. - UTUSAN
PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Peranan media yang menyebar maklumat tepat mengenai kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah telah mengukuhkan sokongan rakyat terhadap usaha menentang pengganas sekali gus menyumbang kepada kejayaan menumpaskan musuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, media berperanan penting dalam menyebarkan maklumat yang menunjukkan Malaysia sebagai pihak yang benar dalam kejadian pencerobohan itu.

"Peranan media membentuk fikiran rakyat adalah amat penting, bukan sahaja masyarakat Sabah dan Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa perlu diberi maklumat tepat bahawa kita di pihak yang benar.

"Benar dari segi kenyataan, benar dari segi undang-undang antarabangsa dan Perlembagaan serta benar dari segi moral. Rakyat Sabah membuat pilihan terbuka bahawa mereka mahu merdeka di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada pengamal media di Seri Perdana di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment