My Add

Sunday 25 August 2013

Mesir setuju tunda peperiksaan sehingga September

Daripada HERMAN HAMID

KAHERAH, AHAD, 25 Ogos, 2013: Kerajaan Mesir bersetuju menunda tempoh peperiksaan universiti sehingga minggu keempat bulan September sekali gus memberi kelonggaran kepada pelajar Malaysia untuk pulang ke tanah air ketika negara ini dalam keadaan tidak menentu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Mesir yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Hussam Isa dalam pertemuan dengan beliau di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Idris, persetujuan tersebut penting bagi membolehkan pelajar dan kerajaan menilai situasi semasa di Mesir sehingga akhir bulan depan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

"Kerajaan Mesir juga bersetuju jika keadaan di negara ini masih tidak menentu, kita boleh mengadakan rundingan selanjutnya dengan pihak mereka.

"Namun pihak Mesir yakin situasi politik di negara ini akan pulih seperti sedia kala dan pelajar dapat kembali meneruskan pengajian pada minggu keempat September,'' katanya.

Idris berada di negara ini selama dua hari bagi lawatan kerja termasuk meninjau proses penghantaran pulang pelajar Malaysia. - UTUSAN ONLIN 

No comments:

Post a Comment