My Add

Sunday 25 August 2013

Kanak-kanak didera ibu kandung meninggal dunia

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

 *KANAK-KANAK perempuan ini yang menjadi mangsa dera ibu kandungan sendiri sehingga koma 11 hari meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh hari ini. - UTUSAN
IPOH, AHAD, 25 Ogos, 2013: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang koma 11 hari dipercayai didera dengan kejam oleh ibu kandungnya, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada pukul 2.40 petang.

"Saya ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan tentang kematian kanak-kanak itu daripada doktor paediatrik yang merawatnya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) kanak-kanak.

"Punca kematian masih belum diketahui kerana belum mendapat laporan lengkap," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini.

Sementara itu, Pengarah HRPB, Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin yang berkata, satu post mortem kemungkinan besar akan dijalankan esok.

Pada 16 Ogos lalu, seorang pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis kerana mengesyaki kanak-kanak itu didera selepas mendapati dia mengalami kecederaan teruk di seluruh badan.

Susulan laporan polis tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu yang berusia 30 dan 39 tahun direman tiga hari dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325

Pada 20 Ogos, ibu mangsa yang juga seorang suri rumah, Chong Mee Chin, 30, dari Taman Wang, Menglembu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan melakukan penganiayaan dan penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Mee Chin didakwa melakukan penganiayaan ke atas anaknya itu dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan sebatang rotan serta dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa di ruang tamu rumah. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment